top of page

Sepintas Lalu

PENUBUHAN
JKR UNIT TENTERA NS

Di awal penubuhannya, UTNS merupakan pejabat dengan PTJnya sendiri khusus untuk menerima peruntukan Persekutuan daripada Kementerian Pertahanan untuk senggaraan fasiliti dalam kem tentera sebelum disalurkan kepada JKR Daerah untuk pelaksanaan di bawah mekanisma Negeri. 

Seiring dengan perkembangan kuantiti dan kompleksiti pelaksanaan, UTNS diselaraskan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB), JKR Ibupejabat, secara khususnya di bawah Bahagian Fasiliti Bangunan Tentera (BFBT).

 

Peruntukan untuk penyelenggaraan fasiliti tentera di seluruh negara diagihkan dari CSFB kepada JKR Unit Tentera Negeri setelah diterima daripada Kementerian Pertahanan.

CAKUPAN KHIDMAT
JKR UNIT TENTERA NS

Perkhidmatan UTNS mencakupi skop-skop kerja penyelenggaraan dan pemuliharaan Bangunan Pentadbiran serta Rumah Keluarga di tiga (3) lokasi utama:  

(1) Port Dickson;

(2) Seremban; dan

(3) Gemas.

Dalam melaksanakan tugas tersebut, kawalan dari autonomi sepenuhnya dikenakan daripada JKR Negeri Sembilan dari aspek perolehan dan pentadbiran umum.

Terkini, Pengkalan Udara Sendayan diserahkan kepada UTNS untuk disenggara merangkumi skop lebih 500 unit Rumah Keluarga.

Fasiliti yang disenggara oleh JKR UTNS termasuklah:

1. Markas Garison, Gemas

2. 21 RAD, Gemas

3. 34 RAD, Gemas

4. PUSASDA, Port Dickson

5. MSSPD, Port Dickson

6. Rej Ke-2 KAD, Port Dickson

7. 1 Angkut, Port Dickson

8. RSAT, Port Dickson

9. PGAT, Port Dickson

10. 508 Wataniah, Seremban

11. 11 Angkut, Seremban

12. RKAT PU Sendayan

BISNES TERAS
JKR UNIT TENTERA NS

Empat (4) Bisnes Teras UTNS merangkumi:

 

1. KERJA-KERJA RANCANGAN TAHUNAN
Kerja-Kerja Dasar Sediada Bangunan Teknikal dan Fasilitas Khusus serta Kerja-Kerja Dengan Peruntukan Khas Daripada Kementerian Pertahanan.

 

2. KERJA-KERJA KECEMASAN LANTIKAN PIHAK KETIGA

Kerja-Kerja Kecemasan yang peruntukannya dipohon oleh pasukan berdasarkan anggaran UTNS dan pihak ketiga dilantik untuk pelaksanaan

3. KERJA-KERJA KECEMASAN DILAKSANAKAN JABATAN

Kerja-Kerja Kecemasan yang menggunakan alat ganti dari peruntukan pasukan dengan pemeriksaan dan pelaksanaan dilaksanakan sendiri secara Jabatan.

4. KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL & KEJURUTERAAN

Khidmat nasihat lisan dan bertulis berkaitan isu teknikal penyelenggaraan dan kejuruteraan.

© 2022 oleh Ketua Unit | JKR Unit Tentera Negeri Sembilan

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black YouTube Icon
bottom of page